top of page

KANDUNGANN

Semenjak mencapai kemerdekaan 53 tahun yang lalu, sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia telah mengalami pelbagai inovasi dalam menentukan perkembangan potensi individu murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan di Malaysia juga telah berubah dan tidak ketinggalan perubahan yang bergitu ketara dalam pendidkan teknik dan vokasional. PTV adalah penting dalam 2 pembangunan sesebuah negara khususnya jika mahu menjadi sebuah negara perindustrian. Ini tidak terkecuali kepada Malaysia, yang sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menekankan agar setiap kurikulum yang diajar di sekolah akan melahirkan individu yang seimbang dari segi JERI di samping mengamalkan pendidikan itu secara berterusan dalam kehidupan. Pendidikan merupakan proses permerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan pelbagai kemahiran. Proses ini berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayatnya. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi – KPM, 2001).

 

Perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1964 iaitu di bawah Jabatan Pengurusan Teknik kini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokasional (BPTV).

Tujuannya adalah menyediakan murid-murid untuk memasuki bidang pekerjaan bagi satu langkah mempergiatkan lagi usaha kerajaan untuk memajukan bidang ekonomi dalam perindustrian.

 

Pelajaran Teknik dan Vokasioanal yang dibawah pentadbiran bahagian ini termasuklah:  

2.1.1 Sekolah Menengah Atas (Tingkatan IV hingga V) – terdiri daripada Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional yang menyediakan pendidikan teknik, pertanian, perdagangan dan mata pelajaran bidang pekerjaan lain.

2.1.2 Politeknik ditubuhkan untuk memberikan latihan kepada juruteknik peringkat pertengahan dalam bidang kejuruteraan dan pegawai kerja muda dalam bidang perdagangan dan keusahawanan.

2.1.3 Ia berhubung rapat dengan agensi lain yang berkaitan dengan melatih tenaga kerja mahir dan separuh mahir seperti LKPPK.

 

BPTV juga terlibat dengan beberapa tugas iaitu;

2.2.1 mengawal selia sekolah-sekolah teknik dan vokasional.

2.2.2 menguruskan pembangunan sekolah-sekolah teknik dan vokasional

2.2.3 menggubal dan mnyediakan kurikulum sekolah-sekolah teknik dan vokasional.

2.2.4 memperuntukkan kewangan sekolah-sekolah teknik dan vokasional.

 

3 Selain itu juga, bagi menambah bilangan tenaga kerja dalam bidang teknik dan teknologi yang amat diperlukan dalam sektor perkilangan dan perindustrian pada masa kini dan akan datang, Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan penting pada tahun 1995 dengan menggubal Pelan Tindakan Peningkatan Pengeluran Tenaga Manusia Teknikal yang menyebut bahawa:

”Pelan Tindakan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan meningkatkan keluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjuruskan pelajar ke bidang teknik semasa di sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan sekolah menengah teknik dan politeknik.” (Kementerian Pendidikan 1996:45)

 

Daripada apa yang direncanakan, persoalannya di sini, bagaimanakah pendidikan teknik dan vokasional ini dapat berkembang dengan pesatnya di negara ini?. Adakah apabila ia dilaksanakan, matlamat dan amalan yang ada di dalam rancangannya dapat memenuhi impian Falsafah Pendidikan Kebangsaan?. Untuk mendapatkan jawapan yang lebih jitu perlulah kita mengimbau kembali sejarah perkembangan PTV di Malaysia.

 

Menurut Shahril dan Habib (1999), dalam bukunya bertajuk Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan dan Cabaran menjelaskan sejarah perkembangan pendidikan teknik dan vokasioanl di negara ini boleh dibahagikan kepada enam peringkat iaitu : 2.3.1 Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940).

2.3.2 Semasa Pendudukan Jepun (1941-1945).

2.3.3 Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1957).

2.3.4 Pada awal Kemerdekaan (1957-1969).

2.3.5 Pada Tahun 1970-1990.

2.3.6 Pada Tahun 1990 hingga kini PTV Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940)

 

Awal abad 1900-an tidak ada dasar mengenai pendidikan teknik dan vokasional di Tanah Melayu. Menyedari kelemahan dan kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam

 

PTV ketika itu kerajaan Inggeris telah menubuhkan Jawatankuasa Lemon pada tahun 1918. Ia bertujuan mewujudkan pendidikan teknikal dan perindustrian bagi Negeri-negeri Selat. (Wong Hoy Kee & Ee Tiang Hug, 1975). Dengan itu tertubuhnya Sekolah Teknik Treacher pada tahun 1906 di Kuala Lumpur bagi melatih juruteknik-juruteknik khasnya bagi Jabatan Kerja Raya dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1942, sekolah teknik ini telah dinaiktaraf ke maktab dan dinamakan Maktab Teknik.

 

Kini Maktab teknik ini telah dinaiktaraf kepada universiti yang dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia. Pada tahun 1925, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melihat latihan dalam bidang vokasional. Jawatankuasa tersebut diberi nama The Winsted Committee on Industrial and Technical Education. Hasil daripada jawatankuasa ini telah tertubuh empat buah sekolah ketukangan dengan tujuan utamanya menyalurkan satu cabang pendidikan bagi pelajar sekolah rendah yang lemah akademik supaya mengikuti bidang vokasional bagi persediaan untuk memasuki alam pekerjaan. Kursus ini mengambil masa tiga tahun. Antara kursus yang ditawarkan ialah bidang mekanik am, elektrik dan pertukangan kayu peringkat asas.

Walau bagaimanapun kursus-kursus ini tidak mendapat sambuaan daipada pelajar kerana;

2.4.1 Sikap masyarakat itu sendiri yang memandang rendah terhadap pekerjaan kolar biru.

2.4.2 Peluang pekerjaan amat berkurangan dalam sektor perindustrian kerana Negara masih bergantung kepad

a sektor pertanian.

2.4.3 Ibu bapa masih menitikberatkan kepada pencapaian dalam akademik daripada pendidikan vokasional.

2.4.4 Sekolah ketukangan dan kursus yang disediakan dipandang rendah dan hanya sesuai untuk murid-murid sekolah erndah yang pencapaian akademiknya rendah. (Yahya Emat, 1995:3).

 

PTV Semasa Pendudukan Jepun (1941-1945) Ketika ini sekolah-sekolah teknik dan pertukangan yang ada terus mmberikan pendidikan teknik dan vokasional kepada pelajar dan penduduk Tanah Melayu yang bekerja dalam bidang teknik dan Vokasional.

 

 PTV Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1957) Kejatuahan pemerintahan Jepun telah datangnya semula pihak Inggeris ke Tanah Melayu. Sistem pendidikan dikaji semula dan pada tahun 1950 seorang tokoh pendidikan dari England bernama Barnes Oxford. Beliau telah mencadangkan agar pendidikan vokasional di Tanah Melayu dilengkapi dengan sebuah sekolah Menengah Vokasional Moden dan mengutamakan pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga (Shahril Marzuki, 1993:48).

 

Namun cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan dana. Dalam pilihanraya 1955, parti Perikatan telah dipilih untuk berkuasa dan berjanji membentuk satu sistem pendidikan yang sama untuk semua penduduk. Pada tahun 1956 terbentuklah Jawatankuasa Pendidikan yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Perubahan penting dalam PTV telah diserapkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan diberi keutamaan. (Yahya Emat, 1993:4).

 

PTV Awal Kemerdekaan (1957-1969) Pada peringkat ini Laporan Rahman Talib telah menjadi Akta Pendidikan 1961. Antara syorsyor yang telah dibuat ialah mengenai sekolah menengah pertukangan dan sekolah menengah teknik hendaklah diwujudkan. Kerajaan telah membuka lapan buah sekolah ketukangan di luar bandar dan akhirnya ditukar kepada sekolah lanjutan kampung tetapi tidak mendapat sambutan kerana sistem tidak menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan.

 

Sistem pendidikan Aneka Jurusan telah ditubuhkan pada tahun 1965 bagi sekolah menengah rendah. Pada tahun 1968 pula, tiga buah sekolah teknik telah dibina dengn tujuan menyuburkan kebolehan pelajar dalam bidang kejuruteraan. Di sini, mata pelajaran akademik juga dititikberatkan disamping mata pelajaran teknikal yang ditawarkan. Pendidikan pelajar berorientasikan peperiksaan juga diperkenalkan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Bagi pelajar yang cemerlang akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik atau Instiusi Teknologi MARA atau kolej teknikal yang lain.

 

PTV Pada Tahun 1970-1990 6 Pada peringkat ini pula, matlamat pendidikan selain membasmi buta huruf, ia juga bertujuan mencapai matlamat ekonomi negara. Oleh itu pada tahun 1970-1989, beberapa sekolah menengah teknik dan vokasional ditubuhkan. Ia bertujuan menampung permintaan pelajar yang berminat dalam sistem PTV. Bilangan politeknik juga semakin bertambah. PTV Pada Tahun 1990 hingga kini Pada tahun 1990-an, permintaan memasuki sekolah teknik dan vokasional semakin bertambah. Bukan sahaja daripada golongan pelajar lemah malah sambutan hangat daripada pelajar cemerlang lulusan SRP.

 

Oleh yang demikian, persaingan mendapatkan tempat untuk belajar di sini semakin sengit. Ini kerana kesedaran ibu bapa pelajar bahawa pentingnya pendidikan teknik dan vokasional dalam era negara menuju negara perindustrian, ditambah dengan permintaan guna tenaga yang tinggi. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan menggubal semula matlamat dan tujuan PTV agar ia dapat menampung kekekurangan yang ada. Tujuan dan objektif PTV ialah:

2.5.1 Pendidikan Teknik Tujuannya adalah untuk menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang teknik di peringkat pendidikan menengah atas melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Objektif pendidikan teknik ialah memberikan pendidikan akademik yang seimbang dan menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi. (Kementerian Pendidkan Malaysia 1986:50).

2.5.2 Pendidikan Vokasional Tujuannya ialah melahirkan pelajar yang cenderung kepada bidang vokasional di peringkat menengah atas. Kursus yang diadakan membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan asas vokasional dan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan sebagai tenaga kerja mahir atau separuh mahir dalam industri.

 

Pada tahun 1995 pula, beberapa perubahan telah berlaku dalam PTV termasuklah penstrukturan semula 69 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT). Ini bemakna semua SMV menjadi SMT dan pendidkan vokasional dijalankan oleh agensi kerajaan yang terlibat. Beberapa mata pelajaran teknikal juga telah diubah. Sorotan daripada sejarah perkembangan PTV, jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan formal PTV adalah penting dan saling melengkapi untuk melatih pekerja mahir dan separuh mahir dalam sekor perindustrian. Oleh itu, dengan perlaksanaan PTV akan 7 dapat membantu negara mencapai matlamat Dasar Perindustrian Negara dan dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan unsur-unsur yang terdapat dalam FPK. Hala Tuju PTV dalam Memartabatkan FPK FPK adalah satu impian dan harapan negara dalam menentukan matlamat pendidikan negara terlaksana.

 

Dalam menangani perubahan dan pembangunan yang pesat ini, peningkatan dan pengurusan pengetahuan diri dengan kemahiran dan pengetahuan terkini terus diberi penekanan. Justeru, pendidikan sepanjang hayat adalah selaras dengan hasrat FPK. Jika kita lihat, FPK menekankan perkembangan potensi individu yang dimiliki sejak lahir (keupayaan, bakat dan potensi). Ia dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti. FPK juga menekankan perkembangan potensi secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Setiap potensi yang dikembangkan harus dihubungkaitkan atau diselaraskan dengan potensi lain supaya perkembangan potensi itu tidak bertentangan antara satu sama lain.

 

Selain itu juga FPK menuntut agar pendidikan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Ini bermakna insan itu memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada tuhan. Insan itu juga mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Insan yang seimbang dan harmonis juga memiliki kesedaran, keinsafan tentang tugas dan tanggungjawab, serta sentiasa berusaha untuk melaksanakan tuntutan tersebut sebaik mungkin. Ia memiliki ketahanan diri untuk menghadapi segala cabaran hidup dan sentiasa berikhtiar untuk mengatasi pelbagai masalah. Contohnya insan itu boleh mencari nafkah, menjadi anggota masyarakat yang berguna dan sentiasa berusaha memajukan bangsa dan negara.

 

FPK itu sendiri dapat mengajak pendidik PTV dan pelajar PTV mengorak langkah melaksanakan pembaharuan dalam sistem PTV yang diamalkan kini. Pada 24 November 2008, Dato’ Hj. Yusoff Bin Harun, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membentangkan kertas kerja seminar mengenai Hala Tuju sistem PTV yang patut dilaksanakan di Malaysia dengan mencadangkan beberapa starategi untuk menangai isu atau masalah yang terdapat dalam sistem PTV sekarang.

 

Antara masalah yang dibangkitkan ialah kekurangan penglibatan dengan pihak industri, kekurangan warga pendidik yang mempunyai pengalaman dalam bidang industri, kekurangan dana, kekurangan dasar dalam menyokong PTV, gambaran negatif dalam PTV, 8 gambaran negatif kepada pekerjaan kolar biru, dan kurikulum yang tidak efektif dan fleksibel.

 

 

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
  • Grey Pinterest Icon

© 2023 by Primavera Studio. Proudly created with Wix.com

bottom of page