top of page

PENGANTAR TEKNIK DAN VOKASIONAL

  • cik bunga
  • Dec 7, 2015
  • 2 min read

Pendidikan Teknikal dan Vokasional dihasratkan member peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal da kejuruteraan.

OBJEKTIF

Menghasilkan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional yang berkualiti melalui:

  1. Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti

  2. Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid

  3. Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan

  4. Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai(http://www.moe.gov.my/)

SEJARAH

  1. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini. Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara.

Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4 mengikut fungsi utamanya iaitu:

i. Pengoperasian Sekolah (dahulunya BPPTV),

ii. Pengurusan Akademik (dahulunya BKTV),

iii. Pembangunan PTV (dahulunya BRS), dan

iv. Pembangunan Kejurulatihan PTV (dahulunya BLKS).


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Grey Facebook Icon
  • Grey Instagram Icon
  • Grey Pinterest Icon

© 2023 by Primavera Studio. Proudly created with Wix.com

bottom of page